Sunday 21 August 2011

5

Rojak = title campur2

Bismillah & Assalamualaikum semua...Hope semua org sht2 hendaknya..Alhamdulillah kita skrg dh berada dlm 10hari terakhir Ramadhan..Semoga kita dipertemukan dgn mlm Lailatul Qadar iAllah. Selalunya time mcm ni lah most of Muslims dh start tinggal terawih n solat mlm..Sebab???? Sibuk wat persiapan Hari Raya. Amat rugilah kita klu xrebut & cari mlm Lailatul Qadar tu...Semoga Allah memberi kesihatan & kekuatan pd kita utk terus beribadah di mlm2 10 terakhir Ramadhan ni...iAllah.


Sebenarnya bnyk bnda nk crita...so, entry kali ni xde spesific title ye ^_^

Firstly, nk crita psl Allahyarhamah nenek sy yg dh hmpir 2thn meninggalkan sy :( 
Baru2 ni sy menangis sbb rindukan nenek...tp ni bkn 1st time nangis sbb rindukn nenek...dh bnyk kali dh..hu3
Saya mmg rapat sgt dgn nenek belah mama sbb sy ni cucu sulung..so, kira mcm cucu kesayangan nenek jgklah..Nenek sgt caring & loving...Dia slalu risaukan sy...bg nasihat yg berguna..& mcm2 lagilah..contohnya time nk masuk kuantan..

Nenek: Syida nnt dh masuk kuantan, klu nk blk cuti, jgn naik bas ye..
Saya: knp pulak xbole blk naik bas nenek?
Nenek: zmn skrg ni bhya.mcm2 kes ada.nnt takut apa2 jadi..nenek risau..
Saya: xpe, nenek jgn risau ye. kli syida blk naik bas pun, syida blk ngan kwn2..bkn sorang2
Nenek: xbole jgk..kwn2 zmn skrg pun xbole percaya..klu nk blk, blk ngan baba ye...
Saya: erm...

Ni baru 1 cnth..bnyk lagi cnth lain..tapi, kesimpulannya nenek sy mmg the best nenek yg prnah sy ada...Sy sgt2 rindukan nenek...Moga kita berjumpa di syurga nnt ye nenek..iAllah.Ya Allah, Kau ampunilah segala dosa2 nenek ku & tempatkanlah dia bersama2 org yg soleh...Ameen..iAllah hari raya ke-5 nnt, sy bkl dpt nenek baru..Atok sy bkl jd pengantin buat kali ke-2..Semoga Allah mudahkan segalanya & bkl nenek dpt trima kami semua...

Secondly, nk crita psl kuih raya...he3..Sy ni sbnrnya mmg xminat langsung nk buat kek,kuih muih, & seumpama dgnnya..xtaulah knp..maybe sbb sy sndri mmg xsuka mkn bnda2 tu sume kot...^_^
Tapi, disebabkan kali ni dpt cuti 3bln, terasa mcm nk blajar buat sume2 tu..Yelah, hari ini msti lbh baik dr hari smlm kan..So, xslh rasanya nk improve kn skill yg ada ni...Alhmdulillah setakat ni dh berjaya buat 3 jns kuih raya...3je???? Hahahaha..Kira oklah tu kan klu beginner mcm sy ni..Thn ni sy try buat cornflakes, mazola, ngan choc chip cookies...Alhmdulillah semuanya mnjadi just choc chip cookies je xckup bakar n jd xbrapa rangup..xpe2..leh improve lagi lain kali iAllah..Kuih2 tradisional pun ada try buat jgk...cnthnya seri muka, kuih cara hijau, karipap pusing, kuih talam...Bl dh try buat kuih2 ni..Best jgk & xdelah rumit sgt...Skrg dh ada confident cket nk buat kuih2 ni..klu x b4 ni, mmg takut nk cuba..takut xjadi..he3

Lastly nk crita psl raya thn ni...iAllah thn ni raya 1st kt kg sy, Kedah..Then, blk kg my hubby kat Kampar..Lastly, blk Kuantan lah...mana lagi..he3..Raya thn ni, fmly saya xcukup org...my sis raya kat Mesir & my bro pulak raya kat Sarawak je sbb xde cuti...Malah, ada exm lagi on 31/08..So, gud luck Amat..Alhmdulillah jgk sy & my hubby ada..klu x, beraya berdua jelah parents sy...Kesian...hu3

Oklah, need to go..
Wssalam.

Thursday 11 August 2011

3

Improve Skill Memasak...

Assalam & Bismillah...
Hari ni dh 11 hari kita berpuasa...Alhamdulillah...cpt je masa berlalu kan...Mudah2an kita diberi kesempatan utk berpuasa hingga ke akhir Ramadhan thn ni,iAllah...

Sebenarnya, dh lama dh ada niat nk blaja buat karipap pusing dr time lpas spm dulu...dh pnh luahkan hasrat kat my mom n mintak my mom tlg ajr...tapi my mom agk bz time tu n xdpt nk ajr...so, simpanlah hasrat tu smpai lah smlm...hati ni tekad jgk nk try buat...xkshlah jadi ke x...at least sy mencuba...so, for beginners mcm sy ni..sy try buat cket je dulu..kbtulan smlm buka pose berdua je ngan my dad coz my mom kna jaga atok kat kg..so, sy buat dlm 6biji mcm2 je...Then, after Asar tu bermula lah projek membuat karipap pusing..1st masak inti dia dulu...pas2 baru buat doh dia...Alhmdulillah,akhirnya karipap pusing sy menjadi...ingt kan ssh nk buat karipap pusing ni..rupa2nya bl dh tau tektik,xdelah ssh sgt...lpas ni leh improve lagi kat bhgian kelim tepi tu...bg lagi tersusun n cantik...he3..

Menu berbuka smlm : Makaroni bakar + karipap pusing + kuih muih lain (fmly sy mmg buka xmkn nasi)
*erm...ingt nk ltk gmbr.tp ni bln pose, xpyh letak dululah ye...iAllah nnt2 sy letak ^_^

IAllah rancangnya arini nk buat kuih seri muka...my hubby nk blk umah sy arini n dia suka kuih seri muka ni...tu yg nk buat...slalunya tok sy yg teror bab2 buat kuih seri muka ni...mmg sdplah tok sy buat...nnt sy try buat n tnya my dad, sdp mcm tok buat x..he3

Alhmdulillah jgklah dpt cuti 3bln ni...bole improve skill memasak...sapa kata org yg dh khwn ( saya lah...org lain hebat2) pndai bab2 masakan ni...mcm sy, bab2 masakan lauk etc tu bole lah cket..tapi bab2 buat kuih,kek n seumpamanya..owh,maaflah...sy kurang minat & xbrapa tau nk buat..hu3..Abg, sorylah ye..cian abg dpt istri xpndai buat kuih, kek, etc..hu3..so, cuti yg pnjg ni, sy gunakan utk blaja buat bnda2 tu sume...tapi beginner mcm sy ni, kna start ngan kuih2 yg simple lah kan...nnt dh power cket baru leh buat yg hebat2..iAllah, sy akn sntiasa berusaha utk menjadi istri yg serba boleh n menggembirakan my hubby, iAllah..
Chayok2 syaheeda..he3

oklah kwn2...selamat bertemu kembali iallah...
Ramadhan Kareem...

Friday 5 August 2011

0

Ramadhan part 1

TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.
Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.
Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil mengenai amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata. Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya. Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya:Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.
Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr). Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.
Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih). Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).
Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal. Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.
Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain baginda bersabda: Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).
Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.

0

Nervous + Excited = ?????

Bismillah & Assalamualaikum to all...Di kesempatan ni, nk ucapkan "Ramadhan Karim". Semoga segala ibadah yg kita kerjakan di bulan yg mulia ni diterima Allah, iAllah.


Erm...actually, sejak tau dapat posting apa, bermacam2 bnda bermain2 dlm fikiran ni...Excited pun ada..nervous pun ada..haish...Dulu time xtau dpt posting apa, excited bkn main...duk tnya my hubby je bl list posting nk kuar..he3. Tapi, bl dh tau terus je rasa cuak. Mana tak nya, 2bln lbh enjoy the holiday sehabis2nya...Buku mmg bwk balik. Tapi, duk dlm beg jelah...Ni, dlm masa 1bln,kna pulun sehabis mungkinlah utk prepare apa yg patut b4 enter clinical year Sept ni iAllah. Buku Talley ni mcm xdpt nk hbskn je...Tambah pulak bln pose, baca je ngantuk...ish3..teruk2...Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan utk aku menghabiskan buku talley ni Ya Allah..


At the same time, teringatlah org2 duk crita yg lecturer2 clinical years ni garang2..klu takat kna tengking dpn patient tu perkara bese...Saya ni dhlah sng nk nangis..nnt kna mrh,nangis dpn org pulak...kwn2, jgn gelakkan sy tau nnt...hu3..Tiba2 rasa nk tukar kos pun ada...Takut xsanggup nk hadapi 3years akn dtg ni...Walau apa pun, ni jalan yg sy dh pilih, so, sy xbole putus asa..teruskan berjuang utk jadi good muslim doc iAllah..Mudahkanlah segala urusan kami Ya Allah...


Kepada kwn2 yg seposting ngan sy, sy ni slow learner..Sy harap kwn2 dpt bantu n jgn tingglkn sy sorang2 ek...Sila beri tunjuk ajar & saling bantu membantu...^_^