Friday, 5 August 2011

0

Ramadhan part 1

TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.
Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.
Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil mengenai amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata. Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya. Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya:Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.
Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr). Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.
Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih). Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H):Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).
Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal. Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.
Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain baginda bersabda: Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).
Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.

0

Nervous + Excited = ?????

Bismillah & Assalamualaikum to all...Di kesempatan ni, nk ucapkan "Ramadhan Karim". Semoga segala ibadah yg kita kerjakan di bulan yg mulia ni diterima Allah, iAllah.


Erm...actually, sejak tau dapat posting apa, bermacam2 bnda bermain2 dlm fikiran ni...Excited pun ada..nervous pun ada..haish...Dulu time xtau dpt posting apa, excited bkn main...duk tnya my hubby je bl list posting nk kuar..he3. Tapi, bl dh tau terus je rasa cuak. Mana tak nya, 2bln lbh enjoy the holiday sehabis2nya...Buku mmg bwk balik. Tapi, duk dlm beg jelah...Ni, dlm masa 1bln,kna pulun sehabis mungkinlah utk prepare apa yg patut b4 enter clinical year Sept ni iAllah. Buku Talley ni mcm xdpt nk hbskn je...Tambah pulak bln pose, baca je ngantuk...ish3..teruk2...Ya Allah, Kau berikanlah kekuatan utk aku menghabiskan buku talley ni Ya Allah..


At the same time, teringatlah org2 duk crita yg lecturer2 clinical years ni garang2..klu takat kna tengking dpn patient tu perkara bese...Saya ni dhlah sng nk nangis..nnt kna mrh,nangis dpn org pulak...kwn2, jgn gelakkan sy tau nnt...hu3..Tiba2 rasa nk tukar kos pun ada...Takut xsanggup nk hadapi 3years akn dtg ni...Walau apa pun, ni jalan yg sy dh pilih, so, sy xbole putus asa..teruskan berjuang utk jadi good muslim doc iAllah..Mudahkanlah segala urusan kami Ya Allah...


Kepada kwn2 yg seposting ngan sy, sy ni slow learner..Sy harap kwn2 dpt bantu n jgn tingglkn sy sorang2 ek...Sila beri tunjuk ajar & saling bantu membantu...^_^






Friday, 15 July 2011

2

Miss U My Blog!!!

Salam ukhuwah kwn2 sume!!! (mcmlah ramai sgt yg follow blog sy ni kn...^_^ )


Hmpir 1month tak update blog ni...Really miss u my blog..
Tp ok gak kn klu 1month skali je update...
Barulah follower rindu nk bca entry kite kn..hahaha


Actually xtau nk crita apa pun..just sje2 je nk update blog ni...
Esok my brother nk blk srawak dh...
So, dinner smlm kite wat set chicken chop (ada nasi, chicken chop & gravy. sayur, matched potato, & cheesy wedges) ...Semua homemade tau...^_^
Arini buat soto pulak...My hubby & my brother teringin nk mkn...bak kata my hubby, b4 pose nk mkn soto yg kite wat...


Ingt nk buat nasi lemak kat my bro..dia dr ari2 sibuk suh buat nasi lemak kat dia...tp mcm xsmpat je...Mat, iAllah nnt akk wat ek...tp lain kali lah...ni dh xsmpat...My hubby pun teringin nasi lemak jgk...tgklah, next week klu smpat leh buat nasi lemak utk my hubby iAllah...


Kalau sapa2 ada resepi yg best2...kongsilah ngan kite ek...
Sgt SUKA cuba resepi baru...
Sgt SUKA masak...^_^


Oklah..nk maghrib dh ni..
Ma'assalamah...(jmpa lagi)


p/s: klu nk mintak resepi, mintak jelah...^_^

Tuesday, 21 June 2011

5

"Xtau Tajuk"

Bismillah & assalamualaikum semua!!!
Hope semua org sht2 hendaknya....
Sorylah ek kwn2..dh lama jgk xupdate blog ni..
(huh..mcmlah ada org yg nak baca blog sy ni kn...he3)
Allah tarik nikmat sehat 2weeks ago...tp skrg Alhmdulillah dh beransur pulih ^_^
So, bolehlah update blog..Yeay!!!


Actually, skrg ni kite kat Kuantan "Tercinta"..ha3...
Ada urusan cket n nk tgk2 umah n kms2 umah cket..
So, nnt blk bln9 ni iAllah, xdelah teruk sgt nk ngemas...
Kebetulan pulak, bil letrik bln lpas naik smpai Rm40..
pdhl xde sapa pun kat umah ni..peti ais sume xpasang...
Risau gak..takut ada apa2 jadi kt umah..
Rupanya..org TNB tu main anggar je bacaan meter tu...ish3
Tp blk ni skjp je...iAllah ari Rabu mlm blk slngor blk...


Nak crite bnda lain pulak lah...psl cari keje...bole x???
Ha3...Erm, baru tau mcm ni punya ssh nk cari keje kn..
B4 this mmg xde experince cari keje...
Keje as clinic assistant mmg BANYAK...
Tp bl p interview...sume nk utk permenant...
Kite nk keje temporary je..about 2months mcm2..
Xpelah..xde rezeki...kite cuba yg lain pulak after this iAllah
Hah..dok crita2 psl keje ni...
Teringat pulak kes ada org yg xdikenali sound2 my Hubby n suke ati dia je buat andaian sndri...hu3
Nak bgtau kat korang semua..kite cari keje ni bknlah sbb my Hubby xmampu nk sara kite..
Tp sbb nk ngisi cuti yg agk pnjang ni ngan bnda yg berfaedah, nk gain experiences, n nk build my confident level...That's all...
Jgnlah nk pndai2 buat andaian sndri ye..xbaik tau fitnah2 org ni..dosa... :(


Oklah guys..
TERpanjang pulak membebel this time..
Maklumlah..dh lama xmembebel kn...kah3
iAllah next time kite share yg something ilmiah pulak k...
Take care everyone...
Ma'assalamah...



Tuesday, 7 June 2011

0

Going To Kampar....

Dimulakan dgn Bismillah...
Disudahi dgn Alhmdulillah...
Begitulah sehari dlm hidup kita..
Mudah2an dirahmati Allah...

Ewah2...menyanyi pulak pagi2 ni ye...apa2 pun mulakan tiap pekerjaan dgn Bismillah...nk tulis blog ni pun kenalah start dgn Bismillah ^_^

Today is Tuesday. Iallah mlm ni nk blk Kampar, Perak...Actually, semalam kami suami istri dmm pns. Selama ni xpnh pulak dmm berjemaah mcm ni...Dua2 start ngan sakit tekak..then terus dmm pns..Yg unik nya...kami start dmm at the same time tp my hubby dh makin sht ptg smlm n me myself pulak pg ni alhmdulillah dh beransur pulih..Disebabkn smlm kami berdua dmm pns..so, my mama pi belikan ubt & masakkn sup utk kami...Mama, thanks 4 everythings..Luv u mama. Heeee. Tp, ptg tu, my mama pulak rasa nk dmm...tp alhmdulillah xteruk mcm kami....

Mlm ni blk kmpar nek KTM iAllah...Tiket kul 9.45pm..Mudah2an Allah mudahkan segala urusan kami & beri kesihatan kpd kami...

Lastly, for both my sister & brother..gud luck in ur exm...do ur best...smga Allah mudhkn urusan both of u..ameen..

Thursday, 2 June 2011

3

Untitled..



Huh..letih...letih...Apa yg letih ni? Cubalah teka...^_^
Eh, lupa pulak nk bg salam...ish3...salam everyone...hangpa semua duk buat apa la ni? kami xtau nk buat apa..tu yg dok gatai tgn tulis blog...(ni tndanya rindu nk blk kdh)


Berbalik pd title kt ats tu..Sbnrnya letih berjalan 1 ari...Pg td p interview nk keje kt klinik..iAllah klu ada rezeki, nnt dorang akn call. After that, pi Mid Valley pulak...rasanya dh setahun xpi Mid Valley..last time, pi pun thn lps time cuti block Y1B4. Pi sana sje jln2..nk shopping duitnya enggak ada dong...mana bisa mau shopping.he3


Erm..skali skala pi KL nek KTM ni geram jgklah dibuatnya..Mana tak nya..dhlah lambat..pas2 suka delay2..bl dh delay..bergenuak org..smpai xleh nfs dibuatnya...Kata nk galakkan org naik pengangkutan awam..tp klu perkhidmatan pun mcm2..patutlah rmai org mls nak nek...Rasanya kerajaan kna improve kn lagi perkhidmtn KTM...especially time peak hour tu...bnykknlah cket KTM yg available supaya xlah KTM tu jd mcm tin sardin...Tapi apa2 pun ttp kna bersyukur..at least ada jgk duit nk nek KTM tu..cuba bygkan klu org2 miskin..xde duit..kna jln kaki je..lagi kesian..kan???


Bila cuti mcm ni..Tibe2 je rasa rindu kat my sister & brother. My sister yg kat mesir tu xblk cuti thn ni..katanya nk simpn duit...pas2 my parents pun ckp xyah blk sbb jauh n tkt nnt dia rasa mls nk blk mesir blk lpas dh 3bln duk malaysia..so, lbh baik duk sna je..xpun p lah jln mana2... for my sister yg tgh exm tu..gud luck ye..bit taufiq wan najah.. My brother yg kt sarawak tu pulak iAllah blk 18 jun ni...agk xsabar gak nk tunggu dia blk..serius rindu sgt kat adik2...My brother pun iallah exm final ari isnin akn dtg ni...so, study smart n bit taufiq wan najah...aja aja fighting...^_^


Haish..bnyknya membebel mlm2 ni...pnt & jemu pulak org baca nnt..oklah..gud nite guys..May Allah bless us iAllah...

6

Johor owh Johor...



Salam n gud morning everyone ^_^ 


Ari ni dh 15th day of my holiday..setakat ni alhmdulillah best sgt cuti. Tambah pulak skrg tgh cuti sekolah, so, my father & mother in law pun cuti jgk. Last saturday, kiteorg blk johor..kmpung my hubby kat pontian.. That was my 2nd time p johor..Kebetulan ari sbtu mlm ahd tu atok my hubby ada buat knduri..so, mmg rmailah makcik2, pakcik2, & sedara johor yg ada. Klu nk tau, adik bradik my father in law ada 14 org...so, mmg smpai skrg still xleh nk recognize everyone...Maklumlah..jarang dpt blk jhr sbb slalu cuti xlama...ni lah 1st time dpt blk jhr lama cket & dpt jumpa adik bradik my father in law. dorang semua baik2 & peramah..really enjoy cuti kt johor..yg plg pntg, dpt resepi baru..botok-botok ^_^ org jhr msti tau botok-botok tu apa kn...he3


now, kt shah alam & iAllah ari slasa mlm blk kmpar pulak..naik train yg laju tu...rancgnya arini nk pi cari keje kt klinik...harap2 dptlah...oklah...xtau nk bebel apa lg...selamat bercuti !!