Friday 22 April 2011

Assalamualaikum.

Siri ke-10 part 2 kali ini akan cuba menjawab persoalan aqidah yg telah dikemukakan dlm siri ke-10 part-1. InsyaAllah.   

Persoalan tersebut adalah :

Seorang ‘guru tarikat – Ratib Haddad’  telah mengajar kepada jamaah di sebuah masjid d sek 18 Shah Alam pada 11/3/2011 yg lalu, ajarannya :


-   Adapun berdoa di kuburan orang2 alim/wali dibolehkan (halal) dalam agama Islam. Ini kerana (katanya) :


1. Kita bukanlah meminta/berdoa kepada si alim/wali yg dah meninggal tersebut, tetapi kita sebenarnya memohon doa kepada Allah juga tetapi hanya melalui perantaraan wali2/alim tersebut.


2. Hujah yg beliau berikan :


-  Jika kika ingin bertemu dengan seorang raja/pembesar, kita tentu akan menggunakan ‘CABLE’ atau org perantaraan yg dikenali oleh si raja/pembesar tersebut. Raja/pembesar tidak kenal siapa kita, tapi dia kenal benar dgn org perantaraan tersebut ... jadi urusan akan jadi lebih mudah ...


-  Begitu jugalah dengan Allah, kita yg banyak dosa dan hina ini, tidak dikenali disisi Allah seperti mana Allah mengenali wali2/alim. Maka permohonan hajat/doa perlulah kepada ‘CABLE’ dari wali2/alim yg bertindak sebagai org perantaraan antara kita dan Allah. Ini kerana Allah tentu kenal benar dengan wali2 tersebut ...


-  Kesimpulannya, kita kenalah gunakan ‘CABLE’ perantaraan orang2 alim/wali yg sudah meninggal dunia untuk disampaikan hajat/permohonan/doa kepada Allah. Cara ini akan lebih termakbul.


(Perkataan ‘CABLE’ telah beliau ucapkan beberapa kali dlm kuliyyahnya)

Apakah benar ajaran yg seperti ini ?  Apakah halal perbuatan yg seperti ini ?
Ataukah guru tarikat ini cuba menghalalkan sesuatu yg telah diharamkan oleh Allah ?

Mari kita sama-sama men-tadabbur al-Quran untuk mencari jawapannya.

1)  az-Zumar : 3 

     الا لله الدين الخالص. والذين اتخذوا من دونه اولياء ما نعبدهم الا ليقربونا الى الله زلفى ان الله يحكم بينهم في ما هم فيه يختلفون, ان الله لا يهدى من هو كاذب كفار

3.  Ingatlah, Hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat- dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar. 

Tafsiran ayat oleh HAMKA dlm Tafsir al-Azhar , Pustaka Nasional, Jilid 8, ms 6241-6242)

Tafsiran HAMKA bermula ...

Dalam ayat ini Allah menegaskan tentang org yg mempersekutukan yg lain dgn Allah; “Dan org2 yg mengambil yg selain Dia menjadi pelindung.”Mereka berkata untuk membela perbuatan mereka yg salah itu; “Tidaklah kami menyembah kepada mereka, melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya,” Di dalam pembelaan diri itu, mereka mengakui memang Allah itu Esa adanya. Tiada Dia bersekutu dengan yg lain. Tetapi – kata mereka – kerana Allah itu sangat tinggi tidaklah akan sampai org semacam kita yg hina-dina ini akan dapat mencapai Dia, kalau tidak ada org perantaraan atau orang pengantar (CABLE).

Bahkan ada diantara “mereka”  itu yg mengumpamakan Allah dengan Raja Besar. Kata mereka, tidaklah dapat kita langsung saja bertemu dgn Sang Raja kalau tidak terlebih dahulu mengadakan org perantaraan (CABLE), atau org pengantar yg dekat hubungannya dengan Raja itu. Mereka telah berfikir dengan sangat salah. Mereka telah mengumpamakan Allah dgn makhlukNya sendiri, yaitu sang raja. Sedang raja-raja itu adalah makhluk yg lemah, tidak berbeza dgn manusia yg lain….. Manusia semacam ini yg mereka angkat martabatnya menyerupai Allah , atau martabat Allah Yang Maha Kuasa mereka turunkan agar disamakan dengan martabat raja-raja.

Betapa b****nya org yg mencari perantara atau pengantar untuk mendekati Allah, padahal Allah sendiri yg membuka pintu bagi seluruh hambaNya buat mendekati Dia dengan tidak ada perantara.

(akhir tafsiran HAMKATafsir al-Azhar ms 6241-6242)            nota : perkataan CABLE adalah tambahan penulis.


2) al-Hajj : 73-74
                                   
يأيها الناس ضرب مثل فستمعوا له, ان الذين تدعون من دون الله لن يخلقوا  
 ذبابا ولو اجتمعوا له, ......... ما قدروا الله حق قدره , ان الله لقوى عزيز

73.  Hai manusia, Telah dibuat perumpamaan, Maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah sekali-kali tidak dapat menciptakan seekor lalatpun, walaupun mereka bersatu menciptakannya. dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka, tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah.
74.  Tidaklah mereka menilai Allah dengan sebenar-benar penilaian. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa. 

Tafsiran ayat oleh HAMKA dlm Tafsir al-Azhar , Pustaka Nasional, Jilid 6, ms 4739-4740)

Tafsiran HAMKA bermula ...

Orang2 yg menyembah kpd yg selain Allah itu percaya juga bahwa Allah ADA. Tetapi mereka tidak mau mengerti atau salah mengerti tentang Allah. Kadang2 ada dikalangan mereka menyembah berhala, katanya kerana berhala itulah yg akan menyampaikan keinginanya kpd Allah. Katanya Allah itu serupa dgn seorang raja besar; kita tidak dapat langsung saja datang menghadap, kalau tidak pakai perantaraan.

Yg lebih disayangkan lagi ialah kesalahan penilaian mereka tentang arti Wali Allah. Allah berfirman :

        الا ان اولياء الله لا خوف عليهم ولا هم يحزنون. الذين ءامنوا و كانوا يتقون
                     
62.  Ingatlah, Sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
63.  (yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertakwa.  (Yunus  : 62-63)

Dengan ayat ini Allah membuka pintu selebar2-nya bagi semua org untuk jadi wali Allah. Syarat yg mesti dipenuhi hanya dua saja, pertama iman kedua taqwa. Tetapi mereka tidak menilai Allah dgn sebenar penilaian, mereka tidak mau memasuki pintu yg terbuka itu. Melainkan mereka pergi ke kuburan org yg mereka anggap dimasa hidupnya jadi wali lalu dia memohon apa2 disitu. Padahal ayat2 itu menyuruh orang bertauhid, mereka lakukan sebaliknya, jadi musyrik. Kalau ditegur dia marah, hingga mau dia menyerang org yg menegurnya itu , sebagai tersebut dlm ayat al-Hajj :72

     واذا تتلى عليهم ءاياتنا بينات تعرف في وجوه الذين كفروا المنكرا يكادون يسطون بالذين يتلون عليهم ءاياتنا, قل افأنبءكم بشر من ذالكم, النار وعدها الله الذين كفروا وبءس المصير

72.  Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat kami yang terang, niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang kafir itu. hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat kami di hadapan mereka. Katakanlah: "Apakah akan Aku kabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, yaitu neraka?" Allah Telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali. (al-Hajj : 72)

(akhir tafsiran HAMKATafsir al-Azhar ms 4739-4740)


Perbandingan.

Ajaran guru tarikat :

Pergilah  ke kuburan para  wali lalu memohonlah  apa2 disitu. Pohonlah hajat kepada Allah  melalui perantaraan para wali tersebut, niscaya, doa anda akan diperkenankan Allah. Ini kerana wali2 ini mempunyai hubungan yg baik dengan Allah, dan Allah lebih mengenali mereka. (guna CABLE)

Ulasan HAMKA mengenai ajaran guru tarikat di atas :

Melainkan mereka pergi ke kuburan org yg mereka anggap dimasa hidupnya jadi wali lalu dia memohon apa2 disitu. Padahal ayat2 itu menyuruh orang bertauhid, mereka lakukan sebaliknya, jadi musyrik. Kalau ditegur dia marah, hingga mau dia menyerang org yg menegurnya itu , sebagai tersebut dlm ayat al-Hajj :72  diatas.

Betapa b****nya org yg mencari perantara atau pengantar untuk mendekati Allah, padahal Allah sendiri yg membuka pintu bagi seluruh hambaNya buat mendekati Dia dengan tidak ada perantara.

Penjelasan.

1.      Org2 musyrik yg menyembah berhala (termasuk dlm zaman kita ini) berbuat demikian kerana : Tidaklah kami menyembah kepada mereka, melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya,”  

2.      Org2 jahil yg mendatangi kuburan org yg mereka anggap menjadi wali semasa hidupnya buat memohon hajat/doa, berbuat demikian
kerana : Tidaklah kami berdoa/memohon hajat kepada mereka, melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah sedekat-dekatnya,”

3.      Perbuatan yg serupa, cuma objek penyembahan yg berbeza. Yg  1. menjadikan objek berhala sebagai perantara antara mereka dan Allah, manakala yg ke 2.  menjadikan objek wali2/org2 alim yg sudah meninggal dunia sebagai perantara antara mereka dgn Allah

4.      Meminta pertolongan kepada seseorang yg masih hidup termasuk org2 alim/wali  adalah adat kebiasaan – harus

5.      Meminta pertolongan kepada seseorang yg telah meninggal dunia, samada org itu alim, wali, hatta kpd Nabi (saw) sendiri – adalah satu bentuk IBADAH. Apabila ianya bentuk ibadah, maka sudah semestinya IBADAH itu mesti ditujukan hanya kepada Allah (SWT).

6.      Apabila ibadah ditujukan kpd selain Allah, maka itulah SYIRIK.

7.      Memperbolehkan satu perbuatan yg jelas kesyirikannya, maka sudah tentu ianya satu perbuatan MENGHALALKAN  sesuatu yg telah Allah HARAMKAN. Dan kesalahan ini telah kita bincangkan dalam siri ke-9  yg lalu.

والله اعلم

 illal Liqa’
              

2 comments:

Bintu Rafee said...

salam. akhirnya dapat komen. hu hu :P

hal berkenaan dengan aqidah sendiri kadang2 masyarakat kita tak berapa nak tahu. mudah tertipu dengan luaran dan ayat2 al-Qur'an yang di salahgunakan. semoga kita terlindung daripada hal2 mensyirikkan Allah ini..

AisYa said...

dilah: btol tu..kdg2 kita xsdr apa yg kita lakukn tu bole membawa kpd syirik..na'uzubillah..sesungguhnya dosa mensyirikkn Allah adlh dosa yg paling besar di sisi Allah..smga kita dijauhkn dr perkara2 yg bole membawa kpd syirik.ameen

Post a Comment