Saturday 5 March 2011

0

Aurat

Kali ini diriku rasa terpanggil untuk menjelaskan perihal satu masalah yang dipandang biasa oleh kebanyakan orang iaitu aurat. Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya. tetapi, untuk kali ini sy ingin fokus kpd aurat dengan keluarga yang bukan mahram. Kita semua sering  lupa dan abaikan ataupun tidak mengambil berat mengenai aurat di dalam keluarga yang bukan mahram. Ada yang selama ini menjaga batasan aurat dengan baik tetapi sebaik berkumpul dengan keluarga bab aurat ini dilupakan. Walaupaun kita sesama  keluarga tetapi jangan lupa ada yang ahli keluarga kita merupakan bukan mahram kita. Dan adalah haram jika kita bersalaman dan mendedahkan aurat kita kepada mereka :
1) Ipar duai kita (abg/adk/kakak ipar kita)
2) Sepupu kita
3) Isteri kepada bapa saudara / suami kepada ibu saudara kita

Kadang-kadang kita merasakan begitu rapat dengan mereka menyebabkan kita merasakan tak perlu menutup aurat. Ada juga ahli keluarga kita yang tegur “ hei.. dalam rumah pun pakai tudung tu kan waris kita” tetapi aurat tetap aurat dan perlu dijaga. Pernah suatu masa Nabi Muhammad S.A.W ditanya tentang Ipar. Baginda Menjawab. Ipar adalah Maut.
Ini menunjukkan bahanyanya Hubungan Ipar Duai ini jika kita tidak menjaga batas pergaulan dan Aurat.

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya),
kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan(terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan.      Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31)

sebenarnya sudah jelas, Selain yang dinyatakan oleh ALLAH dalam firmannya diatas, semuanya adalah dilarang mendedahkan aurat kita dan bersentuhan. Marilah kita pakat-pakat menjaga aurat kita. semoga mendapat keberkatan oleh ALLAH sentiasa.. Amin..

peringatan buat diri sendiri & semua...moga Allah sentiasa memberi hidayah-Nya..


0 comments:

Post a Comment