Thursday 3 March 2011

1

"Password" Doa








Alhmdulillah, syukur pada-Mu Ya Allah krn diri ini masih diberi nikmat iman & islam. Sementara tunggu asar ni, ingin sy berkongsi dgn anda semua ttg 1tajuk yg sgt related to our daily life which is Doa. 


Diriwayatkan daripada al-Nu’man bin Bashir daripada Rasulullah s.a.w, sabdanya: “Doa itulah ibadat.” Kemudian baginda membaca ayat: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. (Abu Daud: 1479, al-Nasa`i (dalam al-Sunan al-Kubra), al-Tirmizi: 3247 dan Ibn Majah: 3828)


Kenapa ye kita harus berdoa?. Dan apa pentingnya doa ni? Doa adalah intisari ibadah & ianya merupakan slh satu lambang kehambaan kita kpd Allah. "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan" (Al-Fatihah : 5 ). Setiap hari kita baca ayat tersebut dlm solat sekurang-kurangnya 17x sehari tetapi mcm mana kita sebagai hambaNya mahu membuktikan kebergantungan kita terhadap Allah? Jawapannya, doalah yg menjadi bukti bahawa kita berserah & begantung hanya kpdNya. 


Allah berfirman : "Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akn Aku perkenankn bagimu. Sesungguhnya org-org yg sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina." (Al-Ghafir : 60 ). Ayat Quran di ats menyeru kita supaya berdoa kpd-Nya & Allah pasti akn memperkenankn doa-doa hamba-Nya. Dan, bagi mereka yg mls dan tidak mahu berdoa kpd-Nya adalah mereka yg ego & sombong kpd pencipta-Nya.


Bagaimanapun, ramai yg akn menimbulkn persoalan, "mengapa doa sy tak dimakbulkn Allah wp sy dh berusaha berdoa pd waktu & tmpt di mana doa paling mustajab? ". jwpnnya boleh dikiaskn melalui crita  mengenai seorg ibu & ank kecilnya. Apabila ank kecil itu ternmpk ular, dia sngka ular itu alat permainan dan dia mahu bermain dgn ular tersebut. Tetapi, ibu akn melarang & bertindak utk tidak memenuhi permintaan ank kecilnya itu krn ibu mengetahui bhwa ular tersebut akn membahayaknnya. Begitulah juga dengan Allah. Allah berjanji akn memperkenankn doa hamba-hambaNya. Tetapi, cara & waktu di mana Allah akn perkenankn permintaan hmba-hmbaNya adlh menurut kehendakNya krn sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-hambaNya.


Di samping itu, terdapat juga perkara2 yg boleh menghalang doa kita dr dimakbulkn oleh Allah. For example, mkn mknan dr sumber yg haram, bnyk berbuat maksiat, & gopoh dan bersungut dlm berdoa. Oleh kerana penyakit gopoh dan mahu segera itu datang daripada syaitan maka seorang mu`min mestilah tenang dan terus bersabar berdoa. Seorang yang kuat imannya dan sabar hendaklah menyingkirkan sifat gopoh kerana ia adalah sifat syaitan dan putus asa itu sifat orang-orang kafir. 


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Diperkenankan (doa) untuk seseorang daripada kamu selagi dia tidak gopoh dengan dia mengatakan, saya telah berdoa tetapi tidak diperkenankan untuk saya. (al-Bukhari: 6340, Muslim: 2735)


Berbalik kpd tajuk utama kita iaitu "password doa". Tahukah anda semua apakah password kpd doa kita? Password doa kita adalah : Y 2 K. Ingat tau password ni...jgn lupa ^_^  Tapi Y 2 K tu stand for apa ye?


Y : yakin
2 : 2 perkara iaitu; (1) Yakin bhwa kita sedang berinteraksi dgn Allah & Allah Maha Mendengar
                            (2) Yakin bhwa Allah akn memakbulkan doa kita
K : khusyu'.


Mcm mana nk dpt rasa khusyu' ketika berdoa ni ye? Ada 2 rahsia. Nak tau x? Ok,yang pertama, sentiasa merasa RENDAH DIRI di hdpn Allah. Dan yang keduanya adalah FAHAM mksud kpd doa yg kita baca tu.


Di samping password yg btol, doa juga ada adab2 yg perlu dipatuhi seperti mengadap kiblat, berada dlm keadaan berwudhu', mulakan dgn memuji Allah & berselawat ke ats Nabi Muhammad (SAW), dan tidak meninggikan suara.


Rasanya, cukuplah kn utk kali ni...pnjg sgt pun nnt org xnk baca..btol x? Kata-kata yg terakhir, teruskanlah berdoa kpd Allah dan jgn sesekali berputus asa jika permintaan kita belum dimakbulkn oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-hambanya. Sebagai contoh kisah Nabi Zakaria yg berdoa memohon agr dikurniakan zuriat. Setelah 40thn, baru doa Nabi Zakaria dimakbulkn Allah. so, kesimpulannya, bnykknlah berdoa & memohon kpdNya. Sesungguhnya Allah berjanji akn memakbulkn doa kita.  

1 comments:

AisYa said...

sy hanya berkongsi apa yg sy dgr kat tv9. rancangan Halaqah ari slasa yg lpas :)

Post a Comment