Saturday 5 March 2011

0

Hikmah Perkahwinan

Bismillahirrahmanirrahim

Gud morning semua!! Alhmdulillah krn msh diberikan peluang utk menghirup udara yg segar pd hari ni dlm keadaan Islam & beriman. Semalam  kami 1batch dikejutkan dgn berita perkahwinan classmate kami yg bkl dilangsungkn pd 2/4/11 ni. Diam-diam ubi berisi rupanya shbt kita ni ye. Tapi, itulah cara yg diajarkan dlm Islam. Menyembunyikan  pertunangan & menghebahknlah pernikahan / perkahwinan kita.

Kebetulan mlm td dlm rancgn TV9 (Tanyalah Ustazah) pun membincangkan tajuk hikmah berumahtangga. 
Jadi, sy kongsikanlah apa yg sy dpt dr ceramah ustzh tu ye.

Islam sangat menggalakkan perkahwinan krn perkahwinan tu adlh slh satu drpd sunnah Rasulullah (SAW). nabi (SAW) tak mengaku umatnya jika seseorang tu tak mahu berkahwin sedangkan dia punyai kemampuan & perbelanjaan yg cukup.

Sabda Rasulullah (SAW) : “nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa  yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Terdapat bnyk hikmah & fadilat yg kita boleh kecapi dlm berumahtangga. Antaranya adlh menjaga 
kehormatan diri & menundukkan pndgn kita. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih mudah menundukkan pandangan dan lebih menjaga farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, karena puasa itu dapat menjaga dirinya.(Hadis Sahih Riwayat. Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaiy, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).

Di samping tu, perkahwinan itu adalah ibadah, maka, berumahtangga merupakan ladang meraih & mengumpul pahala. Slh satu contohnya ialah suami memberi nafkah kpd isterinya & keluarganya merupakn amalm sdkh yg paling utama.

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w, bersabda: “Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya yaitu satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.” (Hadis Riwayat Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

Perkahwinan juga mampu merapatkan ukhuwah krn perkahwinan tu sendiri menggabungkan 2 buah keluarga yg masing2 punyai background yg berbeza. Lpas tu, kahwin ni jgk merupakan cara yg halal bg menzahirkan cinta kita pd insan yg menjadi pilihan hati kita. Allah melarang kita dari menghampiri zina apatah lagi berzina. Maka, bercouple b4 khwin, berdating berdua2an, berpegangan tgn & berpelukan haruslah & mestilah dijauhi krn perkara2 tersebut mampu mendekatkn diri kita kpd perbuatan zina. Tapi pasti remaja2 skrg akn membantah ideologi ni krn bg mereka bercinta b4 kahwin ni dh jadi trend n semua org msti buat. Sapa yg xbuat, dialah yg pelik. Ketahuilah anda semua, Islam xpernah melarang umatnya utk mencinta & dicintai seseorang krn cinta tu adlh fitrah bg semua makhlukNya di dunia ni. Cumanya, cinta tu harus disalurkan mengikut ajaran Islam iaitu dgn perkahwinan.

Allah berfirman : “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Ar-Rum : 21)

Maka jelas sekali bahawa tujuan perkahwinan itu bukan untuk seronok-seronok atau sekadar melepaskan rangsangan hawa nafsu, tetapi ialah untuk melahirkan pertalian kasih sayang bagi kedua pasangan. Di samping tu, perkahwinan juga merupakan slh satu tanda kekuasaan Allah & inilah salah satu cara Allah membahagiakan hamba-hambaNya. Melalui jalan perkahwinan.

Bagaimana hal itu mampu terjadi? Sementara kita lihat banyak rumah tangga yang tak bahagia, pertengkaran terjadi setiap hari. Suami jarang pulang. Isteri pun membalas menginap di rumah teman. Anak-anak dibiarkan terumbang-ambing. Rahsianya adlh niat yg btol utk berkahwin. Jika kita membina rumahtangga bukan ats niat ikhlas krn Allah & utk mencari RedhaNya. Ketika kita meniatkan ibadah kepada Allah melalui jalan perkahwinan, maka DIA pun menjadikan rumah tangga kita sebagai syurga. Di situlah bakal muncul ketenteraman. Disitu pula bakal muncul kasih sayang. Dan di situ bakal tercipta syurga dunia. Bagaimana? Kerana Allah sendiri yang bakal menjaga rumah tangga kita dengan kekuasaanNya. Maka, akan muncullah keretakan rumahtangga jika kita berbuat yg sebaliknya.

Wah..wah..wah... sudah pnjg sy membebel pagi2 ni kn..oklah,kita stop dulu ye..nk smbung study pulak. So, kesimpulannya, perkahwinan itu sangat indah & manis jika hubungan kita itu dibina di ats jln yg suci & mengikut kehendak syara’. Jika berlaku mslh rumahtangga, bermuhasabahlah kita & mohonlah keampunan ats sgala dosa dan maksiat yg kita pernah buat selama ni. Dan bagi mereka yg sudah berusaha mendirikan rumahtangga mengikut jln yg diredhaiNya tp masih punyai mslh rumahtangga, bersabarlah krn ianya adlh satu ujian buat kamu.


  

0 comments:

Post a Comment