Saturday 5 March 2011

0

Bahaya Syirik





Assalamualaikum.

Dalam siri ke-9 ini, kita akan membicarakan isu yg agak berat ... take your time, don’t rush, read and think.... semoga bermanafaat.

Kesalahan melakukan syirik dalam beribadah kepada Allah,  WAJIB lah menjadi TOP prioriti kepada kita semua untuk di jauhi  sejauh-jauhnya dalam kehidupan kita. Apabila kesalahan syirik ini tidak ditaubati sebelum datangnya ajal, maka hilanglah kelayakan dan peluang untuk seseorang melangkah masuk kedalam syurga Allah, dan tempat tinggalnya adalah api, api, dan api , tidak ada chance untuk keluar buat selama-lamanya.
cid:image002.jpg@01CB4AA9.47D6A990




“Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka.”  al Maidah 5:72

Tafsiran ayat :

Sesunggunya siapa saja yg mempersekutukan Allah dgn sesuatu apu pun atau siapa pun, maka Allah mengharamkannya masuk syurga dan tempatnya dalam neraka. Sebab Allah telah menetapkan tidak akan mengampuni org yg mati dlm syirik, dan Allah tetap bersedia mengampuni semua dosa selain syirik. (ruj tafsir ibn Kathir (terjemahan singkat) jilid 3, h 142)

Oleh itu, ikutilah petua2 dan syarat2 yg ditetapkan oleh Allah untuk melayakkan kita menjadi ahli-ahli syurga …. Antaranya :

قل انما انا بشر مثلكم يوحى الى انما الهكم اله واحد, فمن كان يرجوا لقاء ربه فليعمل عملا صالح ولا يشرك بعبادة ربه احدا

“Katakanlah (wahai Muhammad), sesungguhnya aku ini hanyalah seorang  manusia seperti kamu, yg diwahyukan kepada-ku, ‘Bahawa sesungguhnya Ilah kamu adalah  Ilah yg ESA’, maka barangsiapa yg berharap untuk bertemu dengan Rabb-nya, maka hendaklah ia beramal dengan amalan soleh, DAN JANGANLAH  IA MEMPERSEKUTUKAN SUATU  APAPUN  DALAM BERIBADAH KEPADA RABB-NYA.” (al Kahfi : 110)

Walaupun perbuatan syirik dalam ayat ini ditujukan kepada perbuatan riya’  (ini berdasarkan kepada tafsiran yg terdapat dalam beberapa buah kitab tafsir spt at Thabari, Ibn Kathir, HAMKA), namum secara umumnya dapat difahami bahawa :

Diantara petua2 untuk layak menjadi ahli syurga adalah : (ada lagi syarat2 yg lain…)

1.       Beramal dengan amalan soleh
2.       Jauhi dari mensyirikkan Allah dalam beribadah kepada-Nya.

Beramal dengan amalan soleh telah banyak dibincangkan oleh banyak pihak. Umumnya semua orang mengetahui tentang amal soleh.
Namun petua yg  ke-2, iaitu jauhi dari syirik , x ramai yg membincangkannya secara mendalam …. Sekadar perbincangan mengenai riya’…

Kenapa?  Kemungkinan ….

Masing2 dah take-for-granted, aku dah Islam, dah buat amal soleh, solat, bayar zakat, puasa, tolong orang miskin, dah pi umrah 3 kali dan haji 2 kali dah, tentu confirm masuk syurga, kalau kena masuk neraka pun, alah kejap je, pas tu masuklah syurga … itulah  harapan dan kata2 mereka …. Tapi mereka lupa atau  tak tahu ttg syarat yg ke-2 ini … JANGAN SEKALI2 MEN-SYIRIK-KAN ALLAH !

Ada pula yg berkata:  alah.. apa susah2, janji kita tak menyembah tokong, tak menyembah patung, tak menyembah Jesus… kira x buat syirik la tu….kira ok lah tu …

Cuba lihat firman Allah yg berikut ini : (at taubah : 31)

اتخذوا احبارهم ورهبانهم اربابا من دون الله والمسيح ابن مريم وما امروا الا   ليعبدوا الها واحدا  لا اله الا هو سبحانه عما يشركون

“Mereka menjadikan orang2 alim dan rahib2 mereka sebagai TUHAN2 selain Allah, dan (juga mereka mempertuhankan) al Masih putra Maryam, Walhalnya, tidaklah diperintahkan kepada mereka melainkan supaya mereka beribadat (mempertuhankan) kepada Ilah (Tuhan) yg Esa,  Tiada Ilah selain Dia, Mahasuci Dia daripada apa yg mereka sekutukan.”

Tafsiran ayat :

Diriwayatkan dari Adi bin Hatim bahawa ia mendengar Nabi SAW membaca firman Allah (seperti diatas). Kemudian Adi menuturkan, “Maka aku berkata kepada beliau (Nabi SAW), “Sungguh kami tidaklah menyembah mereka.’ Beliau bertanya, “Tidakkah mereka itu mengharamkan apa yg telah dihalalkan oleh Allah, lalu kamu pun turut mengharamkannya. Tidakkah mereka itu menghalalkan apa yg telah diharamkan Allah, lalu kamu pun turut menghalalkannya? ‘ Aku menjawab, ‘Ya.’ Maka beliau bersabda, “Itulah ibadah (penyembahan) kepada mereka.”
(HR. Imam Ahmad dan at-Tirmidzi menyatakan hadith ini bertaraf hasan).  (rujukan : Syaikh Abdurrahman Hasan Alu Syaikh (1994), Fathul Majid. (terj.) c. 7. Jakarta : Pustaka Azzam, h. 723)

Huraian :

Adi bin Hatim datang kepada Nabi SAW pada tahun ke-9 hijriah, lalu ia masuk Islam. Hadith ini menunjukkan bahwa mentaati pendeta dan rahib dalam bermaksiat kepada Allah adalah suatu bentuk PENYEMBAHAN kepada mereka, bukan kepada Allah, dan ini termasuk syirik besar yg tidak akan diampuni-Nya (jika tidak  bertaubat sebelum ajal – tambahan oleh aag) .   (rujukan : Syaikh Abdurrahman Hasan Alu Syaikh (1994), Fathul Majid. (terj.) c. 7. Jakarta : Pustaka Azzam, h. 734)

Applikasi dalam kehidupan semasa:

Hal ini telah banyak terjadi di kalangan manusia terhadap orang yg mereka melakukan taklid kepadanya, kerana mereka mengabaikan dalil jika menyalahi orang yg dijadikan sandaran dalam taklid, dan itu termasuk syirik.
Adapun taat kepada pemimpin dan mengikuti mereka dalam hal yg bertentangan dengan syariat Allah dan Rasul-Nya, maka malapetaka ini telah tersebar dari dahulu sampai sekarang, pada kebanyakkan pemimpin setelah para Khulafahurrasidin, dan seterusnya.
    (rujukan : Syaikh Abdurrahman Hasan Alu Syaikh (1994), Fathul Majid. (terj.) c. 7. Jakarta : Pustaka Azzam, h. 734 - 735)

Pemahaman ringkas :

Taat  membuta tuli kepada orang alim, pemimpin or orang yg ada autoriti etc, sehingga dalam perkara :

1.       Allah kata perkara ini haram;  orang alim/pemimpin kata ini halal;  dan pengikut mentaati mereka dgn turut mengatakan ianya halal
2.       Allah kata perkara ini halal; orang alim/pemimpin kata ini haram; dan pengikut mentaati mereka dgn turut mengatakan ianya haram

Maka, ketaatan seperti ini, adalah dianggap sebagai PENYEMBAHAN kepada orang alim/pemimpin tersebut… dan ini satu bentuk syirik besar … dosa yg menyebabkan seseorang itu diharamkan oleh Allah dari menjadi ahli syurga (jika ia tidak bertaubat sebelum ajal)…..

Kesimpulan.

Diantara bentuk2 syirik :

1.       Perbuatan  secara fizikal melakukan penyembahan kepada patung, tokong, batu, busut, kuburan orang alim, Jesus, Dewa itu dan ini (bentuk kesalahan ini telah diketahui umum)
2.       Mentaati alim ulama/pemimpin sehingga mengharamkan  sesuatu yg telah dihalalkan Allah
3.       Mentaati alim ulama/pemimpin sehingga menghalalkan  sesuatu yg telah diharamkan Allah

Renungan.

Allah sebagai Pencipta segala sesuatu, tentulah Dia Pemilik segala sesuatu, maka Dia jugalah Pentadbir segala sesuatu, justuru  Dia lah sahaja yg berhak menentukan segala sesuatu, Dia-lah Pemutus-Kata, apa yg halal/haram, apa yg boleh/ x boleh, apa yg baik/ x baik …. Dialah RABB.

Maka jangan ada sesiapa dikalangan manusia  ini yg cuba memandai-mandai menukar atau merubah ketentuan yg telah ditetapkan oleh Allah. Jika degil juga ingin merampas hak mutlak Allah ini…. kemudian x mahu pula bertaubat, malah berbangga dengan kedegilannya … siapkanlah   tempat dalam api neraka, tiada disana melainkan azab yg pedih. (Ya Rabb, jauhilah kami dari kemurkaan-MU ini).

Namun… lihatlah realiti yg berlaku di sekeliling kita, dlm masyarakat kita …. menggerunkan, menyeramkan dan mendukacitakan….. 

InsyaAllah, perbincangan seterusnya dlm siri yg akan datang ....

(sekadar berkongsi dr apa yg dipelajari dr ayah sy dlm usrah)

0 comments:

Post a Comment